Monday, May 31, 2010

Remaja Neraka

Aku sedih, aku marah, aku insaf..Itu je ayat yang dapat dikatakan kalau bercerita tentang remaja sekarang. Aku ni masih lagi remaja walaupun dah masuk remaja senja. Namun, aku terkilan dengan tindak tanduk kejam sesetengah remaja sekarang ni. Mereka seolah-olah sudah kembali ke zaman Jahiliah malah lebih hina daripada itu. Orang-orang Jahiliah dahulu masih lagi hormat tetamu walaupun kejam membunuh anak perempuan yang baru lahir. Lihat remaja kita hari ni, bukan sahaja kurang ajar tanpa budi bahasa, malahan sanggup membuang bayi tak kira jantina. Manusiakah ini?

Sejahat-jahat aku, kawan aku, tak pernah terfikir untuk menjadi sejahat itu. Hairan bin Ajaib...Allah jadikan manusia dengan akal dan fikiran, tapi tindakan yang dilakukan semacam manusia yang berkepala kosong (tiada otak). Memang kita umat 'special' kerana tidak diberikan balasan oleh Allah pada masa kita melakukan dosa, tidak sama seperti umat terdahulu yang akan mendapat balasan pada masa ynag sama melakukan dosa.

Kadang-kadang terfikir juga seandainya satu dosa seolah-olah satu tumbukan di muka. Pasti ramai yang menjadi baik kerana tidak tahan menahan sakit jika melakukan dosa..tapi itu khayalan semata-mata, tak akan berlaku. Adakah lagi cara untuk mendidik remaja yang sebegitu rupa..Andai kata ibu bapa sudah tiada kuasa, guru tidak mahu campur tangan dan mana-mana pihak yang terlibat sudah buntu untuk membantu, apa akan jadi pada remaja-remaja bermasalah ini. Sama-sama kita berfikir dan bertindak semampu boleh.

Friday, May 28, 2010

Tak Baik Hipokrit

Semua tahu Tuhan jadikan dunia dengan pelbagai warna. Awan kebiruan, tumbuhan kehijauan, tanah coklat dan kita sebagai manusia pun ada banyak warna. Apa nak takut. Kadang-kadang aku tak paham kenapa ada manusia yang takut sangat dengan warna terutama sekali kaum Adam kita. Ada yang takut warna sebab buta warna...itu ok. Tapi, yang takut warna sebab nak jaga air muka orang lain buat apa. Lelaki paling takut dengan warna terang macam kuning, oren dan yang paling ditakuti macam takut hantu adalah warna merah jambu (pink). Apa la salah warna pink hingga ramai lelaki yang pinggirkannya. Hello kawan, buat apa nk takut dengan warna tu sebab warna bukanlah melambangkan kelakian kita yang sebenar. Aku bangga ada lelaki yang suka pakai baju warna merah jambu di khalayak ramai tanpa perlu takut dengan andaian atau persepsi orang. Aku suka suka warna merah jambu tapi aku lelaki. Isu sekarang, kenapa warna nak dijadikan kayu pengukur untuk menilai seseorang. Jangan hipokrit..

Wednesday, May 26, 2010

Selamatkah Bumi Kita?



Cuaca terlampau panas hari ini seolah-olah berada di sebelah padang pasir. Pada siapa ingin disalahkan? Semua berpunca dari manusia yang tidak cintakan kehijauan bumi. Bumi hijau dijadikan coklat tanah.

Adakah ini hukuman ringan yang kita terima pada hari ini. Cuaca panas membuatkan pengusaha kolam ikan gelisah, petani dan peladang tidak senang duduk. Ini semua salah mereka yang menjadikan bumi kita tidak aman dari kepanasan. Siapakah mereka?