Monday, May 31, 2010

Remaja Neraka

Aku sedih, aku marah, aku insaf..Itu je ayat yang dapat dikatakan kalau bercerita tentang remaja sekarang. Aku ni masih lagi remaja walaupun dah masuk remaja senja. Namun, aku terkilan dengan tindak tanduk kejam sesetengah remaja sekarang ni. Mereka seolah-olah sudah kembali ke zaman Jahiliah malah lebih hina daripada itu. Orang-orang Jahiliah dahulu masih lagi hormat tetamu walaupun kejam membunuh anak perempuan yang baru lahir. Lihat remaja kita hari ni, bukan sahaja kurang ajar tanpa budi bahasa, malahan sanggup membuang bayi tak kira jantina. Manusiakah ini?

Sejahat-jahat aku, kawan aku, tak pernah terfikir untuk menjadi sejahat itu. Hairan bin Ajaib...Allah jadikan manusia dengan akal dan fikiran, tapi tindakan yang dilakukan semacam manusia yang berkepala kosong (tiada otak). Memang kita umat 'special' kerana tidak diberikan balasan oleh Allah pada masa kita melakukan dosa, tidak sama seperti umat terdahulu yang akan mendapat balasan pada masa ynag sama melakukan dosa.

Kadang-kadang terfikir juga seandainya satu dosa seolah-olah satu tumbukan di muka. Pasti ramai yang menjadi baik kerana tidak tahan menahan sakit jika melakukan dosa..tapi itu khayalan semata-mata, tak akan berlaku. Adakah lagi cara untuk mendidik remaja yang sebegitu rupa..Andai kata ibu bapa sudah tiada kuasa, guru tidak mahu campur tangan dan mana-mana pihak yang terlibat sudah buntu untuk membantu, apa akan jadi pada remaja-remaja bermasalah ini. Sama-sama kita berfikir dan bertindak semampu boleh.

1 comment:

  1. setuju sangat dengan pedapat MR FA atau Ruben ni..
    remaja sekrang ni banyak yang dah hilang pegangan hidup dan yang paling penting pegangan agama..
    kalo la parents dah tak mampunak bimbing diorang,nak harapkan saper lagiii???
    itu la pentingnya pendidikan agamadalm hidup diorang,remaja perlu dibentuk dan di bimbing agar menjadi insan berguna kepada negara, bangsa dan agama.
    jika remaja sekrang ni terjerumus ke dalam gejala sosial dan da takdapat pulang ke pangkal jalan,sapa la yangnak memimpin negara ni nanti???fikir-fikir2kan la..

    saya tertarik denan berita yang di baca tadi,remaja sekarang sanggup menggadai body semata2 untuk mendapatkan bekalan syabu...aduhaiiiii....

    satu lagii,hanya bermodalkkan rm5, lelaki da dapt "kekah" dahhhh...
    gejala buang bayiiii????
    da banyak sangat dakeluar paper...hari-hari,da taksanggupda nak baca...tadi ader manusia yang tak berhati perut sanggup meninggalkan bayiyang bar dilahirkan di perhentian bas dan kemudiannya meninggal dalam perjalanan...MASYAALLAH,apanak jadi dunia sekarg niiii.......

    ReplyDelete