Sunday, June 20, 2010

Mari Bersosial

Sebut sahaja pasal bersosial, pasti ramai yang berkerut dahi memikirkan hal yang berkaitan dan juga yang sama waktu dengannya. Dari sudut bahasa itu sendiri, bersosial sememangnya luas pengertiannya. Namun, bergantung kepada inisiatif sendiri untuk memikirkan baik buruk perihal yang berkaitan dengan bersosial.

Apa yang menarik perhatian untuk aku selaku remaja masa kini, mengetengahkan adalah berkaitan dengan tempat di mana sesiapa sahaja boleh bersosial secara maya atau siber. Digelar sebagai laman sosial. Enak bunyinya...seenak mengembara di dalamnya. Laman ini menjadi kegilaan bukan sahaja daripada kalangan budak sekolah, malahan daripada golongan peringkat bangsawan dan juga hamba rakyat.

Berada di laman sosial segalanya senang. Tidak perlu berasak-asak lepak di pusat membeli-belah, hanya duduk pada satu tempat dengan senyum, sedih , geram dan ketawa seorang diri tanpa diketahui oleh orang lain tentang hakihat sebenar yang berlaku pada masa itu.

Perkara yang mahu diketengah dan diketepikan bukanlah menyeronokkan untuk di dengar tetapi agak sedih untuk diamati. Keburukan laman sosial?Ada tak berlaku? Memang ada. Ini yang akan aku cuba tonjolkan agar pelayar-pelayar laman sosial sedar dan sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan. Antaranya:

1. Penipuan - Tidak kira melibatkan penipuan identiti atau berkaitan dengan kewangan dan banyak lagi.
2. Kecelaruan Jantina - Ada yang lelaki mengaku jadi perempuan dan sebaliknya untuk tujuan suka-suka atau ada agenda lain yang tersembunyi.
3. Keretakan hubungan - Pergaduhan secara jelas dikongsi oleh semua orang, salah guna kepercayaan yang diberikan bagi yang sudah berumahtangga dan seumpama dengannya.
4. Fitnah dan memburuk-burukkan orang lain - Sengaja menggunakan ayat2 tertentu untuk menjatuhkan reputasi atau maruah orang lain.
5. Lu pikir la sendiri...jangan marah ye...

Wednesday, June 16, 2010

Agungkan Bahasa Melayu Kita

Aku orang Melayu, dia orang Melayu, mereka orang Melayu. Apa nak hairan...negara kita ni ada banyak bangsa banyak bahasa. Dalam bahasa yang lebih maju kita katakan 1MALAYSIA. Apa yang aku cuba usulkan di sini ialah berkaitan dengan perangai orang kita yang tidak mahu mengutamakan bahasa sendiri. Mahu buat itu mesti guna bahasa lain, mahu kerja itu mesti guna bahasa lain. Mana untungnya bahasa kita di pelataran kita sendiri.

Bahasa Melayu kita agung. Bahasa Melayu kita indah. Malah lebih baik kosa kata dan susunan ayat jika dibandingkan dengan bahasa popular lain yang ada di dunia ini. Namun, kenapa bahasa kita tidak ditempatkan di tempat yang tertinggi. Siapa yang bersalah dalam hal ini, adakah mereka dan keluarga mereka atau kita dan keluarga kita.

Kita boleh ambil contoh tiga negara Asia iaitu Jepun, Indonesia dan Thailand yang mana lebih mengutamakan bahasa ibunda mereka sendiri tanpa mempedulikan darjat bahasa lain. Sampai tahap kita tidak akan mengenali bangsa lain yang ada di negara tersebut kerana penggunaan bahasa yang sama. Siapa kata semua itu mustahil untuk dilakukan. Tepuk dahi tanya diri...

Saturday, June 12, 2010

Maaf

Buat salah minta maaf...Minta maaf buat salah lagi...
Isu meminta maaf bukan lagi perkara asing dalam hidup kita yang bergelar manusia atau hamba Allah. Setiap kali melakukan kesalahan mesti kita akan menyesalinya dan meminta maaf. Namun, adakah manusia zaman ini faham akan istilah dan kehendak sebenar maaf itu sendiri. Setakat menyatakan maaf tetapi masih lagi melakukan kesilapan yang sama berulang. Tidak sesekali malu dengan perkataan maaf itu.

Memaafkan adalah lebih baik dari meminta maaf. Itu adalah kata-kata tepat untuk kita pegang dan dapat lari dari melakukan kesalahan dan sekaligus tidak akan minta maaf dengan sesiapa. Org yg meminta maaf dan melakukan kesalahan yang sama sekali lagi adalah tergolong dalam golongan manusia yang suka main-main dan tidak ikhlas.

Jadi, tak perlulah menggunakan perkataan maaf andai diri sendiri tidak pernah memahami maksud dan pengertian perkataan tersebut seluruhnya...

Aku Orang Suci

Manusia memang dilahirkan suci. Kata orang bak kain putih yang perlu dicoretkan dengan warna-warna kehidupan. Kalau warna yang dipilih cantik, maka cantiklah perjalanan kehidupannya...namun, jika warna hitam sahaja yang dipilih, maka kelamlah dunianya.

Tidak kira lelaki mahupun wanita, semua ada melakukan kesilapan sejak dari azali dilahirkan sehingga kini. Aku sendiri mengakui banyak melakukan kesilapan merangkumi semua aspek hidup. Apa pun aku tetap mengakui kesilapan aku walau seberat mana untuk dinyatakan. Apa yang menjadi masalah ialah ada manusia yang pernah dan banyak melakukan kesilapan tetapi tidak mahu mengakui kesilapan yang dilakukan seolah-olah mereka sentiasa kelihatan suci pada luaran dan pada pandangan mata masyarakat.

Zaman ini, jangan pandang lelaki atau wanita hanya kepada tampan dan cantiknya sahaja. Semua itu hanya sekadar lakonan di pentas dunia yang hanya untuk mengambil kesempatan semata-mata. Lelaki dengan perangainya yang seolah-olah hero di mata perempuan, tapi setelah berjaya mendampingi perempuan barulah dibukakan topeng syaitan mereka. Wanita pun sama, menggunakan muka yang mulus, budi yang halus semata-mata untuk memuaskan nafsu hidup dengan ramai lelaki. Malahan ada yang sanggup menggadai badan pada masa yang sama sedang asyik bercinta dengan yang lainnya...dunia oh dunia...Adakah aku masih orang suci.

Monday, May 31, 2010

Remaja Neraka

Aku sedih, aku marah, aku insaf..Itu je ayat yang dapat dikatakan kalau bercerita tentang remaja sekarang. Aku ni masih lagi remaja walaupun dah masuk remaja senja. Namun, aku terkilan dengan tindak tanduk kejam sesetengah remaja sekarang ni. Mereka seolah-olah sudah kembali ke zaman Jahiliah malah lebih hina daripada itu. Orang-orang Jahiliah dahulu masih lagi hormat tetamu walaupun kejam membunuh anak perempuan yang baru lahir. Lihat remaja kita hari ni, bukan sahaja kurang ajar tanpa budi bahasa, malahan sanggup membuang bayi tak kira jantina. Manusiakah ini?

Sejahat-jahat aku, kawan aku, tak pernah terfikir untuk menjadi sejahat itu. Hairan bin Ajaib...Allah jadikan manusia dengan akal dan fikiran, tapi tindakan yang dilakukan semacam manusia yang berkepala kosong (tiada otak). Memang kita umat 'special' kerana tidak diberikan balasan oleh Allah pada masa kita melakukan dosa, tidak sama seperti umat terdahulu yang akan mendapat balasan pada masa ynag sama melakukan dosa.

Kadang-kadang terfikir juga seandainya satu dosa seolah-olah satu tumbukan di muka. Pasti ramai yang menjadi baik kerana tidak tahan menahan sakit jika melakukan dosa..tapi itu khayalan semata-mata, tak akan berlaku. Adakah lagi cara untuk mendidik remaja yang sebegitu rupa..Andai kata ibu bapa sudah tiada kuasa, guru tidak mahu campur tangan dan mana-mana pihak yang terlibat sudah buntu untuk membantu, apa akan jadi pada remaja-remaja bermasalah ini. Sama-sama kita berfikir dan bertindak semampu boleh.

Friday, May 28, 2010

Tak Baik Hipokrit

Semua tahu Tuhan jadikan dunia dengan pelbagai warna. Awan kebiruan, tumbuhan kehijauan, tanah coklat dan kita sebagai manusia pun ada banyak warna. Apa nak takut. Kadang-kadang aku tak paham kenapa ada manusia yang takut sangat dengan warna terutama sekali kaum Adam kita. Ada yang takut warna sebab buta warna...itu ok. Tapi, yang takut warna sebab nak jaga air muka orang lain buat apa. Lelaki paling takut dengan warna terang macam kuning, oren dan yang paling ditakuti macam takut hantu adalah warna merah jambu (pink). Apa la salah warna pink hingga ramai lelaki yang pinggirkannya. Hello kawan, buat apa nk takut dengan warna tu sebab warna bukanlah melambangkan kelakian kita yang sebenar. Aku bangga ada lelaki yang suka pakai baju warna merah jambu di khalayak ramai tanpa perlu takut dengan andaian atau persepsi orang. Aku suka suka warna merah jambu tapi aku lelaki. Isu sekarang, kenapa warna nak dijadikan kayu pengukur untuk menilai seseorang. Jangan hipokrit..

Wednesday, May 26, 2010

Selamatkah Bumi Kita?



Cuaca terlampau panas hari ini seolah-olah berada di sebelah padang pasir. Pada siapa ingin disalahkan? Semua berpunca dari manusia yang tidak cintakan kehijauan bumi. Bumi hijau dijadikan coklat tanah.

Adakah ini hukuman ringan yang kita terima pada hari ini. Cuaca panas membuatkan pengusaha kolam ikan gelisah, petani dan peladang tidak senang duduk. Ini semua salah mereka yang menjadikan bumi kita tidak aman dari kepanasan. Siapakah mereka?