Saturday, June 12, 2010

Aku Orang Suci

Manusia memang dilahirkan suci. Kata orang bak kain putih yang perlu dicoretkan dengan warna-warna kehidupan. Kalau warna yang dipilih cantik, maka cantiklah perjalanan kehidupannya...namun, jika warna hitam sahaja yang dipilih, maka kelamlah dunianya.

Tidak kira lelaki mahupun wanita, semua ada melakukan kesilapan sejak dari azali dilahirkan sehingga kini. Aku sendiri mengakui banyak melakukan kesilapan merangkumi semua aspek hidup. Apa pun aku tetap mengakui kesilapan aku walau seberat mana untuk dinyatakan. Apa yang menjadi masalah ialah ada manusia yang pernah dan banyak melakukan kesilapan tetapi tidak mahu mengakui kesilapan yang dilakukan seolah-olah mereka sentiasa kelihatan suci pada luaran dan pada pandangan mata masyarakat.

Zaman ini, jangan pandang lelaki atau wanita hanya kepada tampan dan cantiknya sahaja. Semua itu hanya sekadar lakonan di pentas dunia yang hanya untuk mengambil kesempatan semata-mata. Lelaki dengan perangainya yang seolah-olah hero di mata perempuan, tapi setelah berjaya mendampingi perempuan barulah dibukakan topeng syaitan mereka. Wanita pun sama, menggunakan muka yang mulus, budi yang halus semata-mata untuk memuaskan nafsu hidup dengan ramai lelaki. Malahan ada yang sanggup menggadai badan pada masa yang sama sedang asyik bercinta dengan yang lainnya...dunia oh dunia...Adakah aku masih orang suci.

No comments:

Post a Comment