Wednesday, June 16, 2010

Agungkan Bahasa Melayu Kita

Aku orang Melayu, dia orang Melayu, mereka orang Melayu. Apa nak hairan...negara kita ni ada banyak bangsa banyak bahasa. Dalam bahasa yang lebih maju kita katakan 1MALAYSIA. Apa yang aku cuba usulkan di sini ialah berkaitan dengan perangai orang kita yang tidak mahu mengutamakan bahasa sendiri. Mahu buat itu mesti guna bahasa lain, mahu kerja itu mesti guna bahasa lain. Mana untungnya bahasa kita di pelataran kita sendiri.

Bahasa Melayu kita agung. Bahasa Melayu kita indah. Malah lebih baik kosa kata dan susunan ayat jika dibandingkan dengan bahasa popular lain yang ada di dunia ini. Namun, kenapa bahasa kita tidak ditempatkan di tempat yang tertinggi. Siapa yang bersalah dalam hal ini, adakah mereka dan keluarga mereka atau kita dan keluarga kita.

Kita boleh ambil contoh tiga negara Asia iaitu Jepun, Indonesia dan Thailand yang mana lebih mengutamakan bahasa ibunda mereka sendiri tanpa mempedulikan darjat bahasa lain. Sampai tahap kita tidak akan mengenali bangsa lain yang ada di negara tersebut kerana penggunaan bahasa yang sama. Siapa kata semua itu mustahil untuk dilakukan. Tepuk dahi tanya diri...

1 comment:

  1. Betul tu Imzaliaf,Bahasa melayu perlu demartabatkan lagi dalam negara ni, yang kebanyakan orang-orangnya adalah yang berbangsa melayu,ni tak,zaman sekrg lebih pentingkan bahasa inggeris jer,sampaikan da jadi bahsa rojak da. Ada org tu x mengakui pun orang melayu, sanggup tukar slang semata-mata nak di pandang tinggi oleh orang lain...MASYALLAH..
    Masalahnya sekarang ni, dalm iklan tv pun x dop yang boleh memartabatkan bahasa ibunda sendiri..harap2 adalah pihak yang bertanggungjawab dan mengambil tahu tentang perkara ni..
    last sekali yang boleh aku katakan "BAHASA JIWA BANGSA"

    ReplyDelete