Saturday, June 12, 2010

Maaf

Buat salah minta maaf...Minta maaf buat salah lagi...
Isu meminta maaf bukan lagi perkara asing dalam hidup kita yang bergelar manusia atau hamba Allah. Setiap kali melakukan kesalahan mesti kita akan menyesalinya dan meminta maaf. Namun, adakah manusia zaman ini faham akan istilah dan kehendak sebenar maaf itu sendiri. Setakat menyatakan maaf tetapi masih lagi melakukan kesilapan yang sama berulang. Tidak sesekali malu dengan perkataan maaf itu.

Memaafkan adalah lebih baik dari meminta maaf. Itu adalah kata-kata tepat untuk kita pegang dan dapat lari dari melakukan kesalahan dan sekaligus tidak akan minta maaf dengan sesiapa. Org yg meminta maaf dan melakukan kesalahan yang sama sekali lagi adalah tergolong dalam golongan manusia yang suka main-main dan tidak ikhlas.

Jadi, tak perlulah menggunakan perkataan maaf andai diri sendiri tidak pernah memahami maksud dan pengertian perkataan tersebut seluruhnya...

1 comment:

  1. maaf....
    erm, wat slah wat mintak maaf lagi...lagi dan lagi..
    x patut la gitu kan,biler la orang salah tu nak sedar,harap2 ada la hidayah yang seseorang tu dapat dengan pemberian kata maaf tue...amiiinn.
    dan harap menyedarkan seseorang yang wat silap tu kannn...imzaliaf..:)

    ReplyDelete